Kategori:Artikel
 Wawasan kepimpinan Negeri Terengganu untuk menjadikan Terengganu negeri maju pada tahun 2020 berpaksikan kepada agenda Islam Hadhari Terengganu Bestari bermatlamat untuk menyempurnakan kesejahteraan rakyat dan pengwujudan sebuah masyarakat cemerlang,gemilang dan terbilang.

Tiga nilai Terengganu Bestari yang dimaksudkan ialah :-
1. Fokus kepada rakyat
2. Tadbir urus yang cekap
3. Mesra teknologi

LANGKAH BIJAK FOKUS KEPADA RAKYAT
1.Amalkan hubungan kemanusian yang baik
2.Tukar janji anda kepada komitmen
3.Amalkan kejujuran
4.Hormati rakyat
5.Beri perkhidmatan cekap dan segera
6.Tangani komplen atau aduan dengan betul segera dan gembira
7.Buat rakyat dan dengari mereka
8.Tunaikan keperluan,kehendak, dan pengharapan rakyat
9. Mesra rakyat dan denagri mereka
10. Kefahaman terhadap rakyat
11. Berikan perkhidmatan yang terbaik(tahap global)
12. Doakan untuk mereka

SARIPATI PEMBELAJARAN TADBIR URUS YANG CEKAP
Untuk merealisasikan tadbir urus yang cekap kita perlulah :-
1. Melaksanakan tugas yang baik
2. Hidupkan amalan-amalan yang baik
3. Tetapkan iman
4. Jauhi sama sekali perkara-perkara yang dilarang
5. Wujudkan perasaan kasih kepada rakyat
6. Menghormati hak Allah dan hak manusia
7. Bantu rakan-rakan sekerja untuk membuat kebaikan
8. Elakkan kekejaman dan penindasan
9. Jangan mendedahkan kelemahan orang lain
10. Hapuskan perasaan benci membenci antara rakyat dan pentadbiran
11. Wujudkan kebaikan,keadilan dan perkhidmatan
12. Pupuklah semangat muhibbah dan harmonis
13. Jagalah solat 5 waktu
14. Berdampinglah dengan rakyat
15. Urusakan penggunaan masa dengan baik
16. Kawal kemarahan
17. Bersabar
18. Contohi teladan Nabi Muhammad s.a.w
19. Jangan berpaling daripada menjalankan tugas yang diamanahkan
20. Berdoalah

MESRA TEKNOLOGI DALAM PENGHAYATAN TERENGGANU BESTARI
Membawa maksud :-
1. Perubahan cara hidup
2. Perubahan kaedah bekerja
3. Kepantasan
4. Daya saing
5. Produktiviti

Mesra Teknologi juga membawa maksud bahawa kita bukan hanya menjadi pengguna teknologi yang sedia ada,tetapi lebih daripada itu.Kita perlu menjadi perekacipta kepada ciptaan baru yang boleh menbawa inovasi dan pembaharuan dalam gaya hidup kita sepenuhnya.
Dalam erti kata lain kita hendaklah lebih kreatif memanafaatkan teknologi sedia ada untuk mereka cipta dan menjadi peneraju kepada penemuan baru dalam teknologi semasa.Untuk kita hendaklah lebih kretif.
Lampiran:Tiada rekod