Kategori:SUKAN
 

Pasukan sepak takraw Kelab Permata mengekalkan kejuaraan selama empat tahun berturut-turut pada Kejohanan Sepak Takraw antara Kelab-kelab Wisma Darul Iman 2009, anjuran Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu (PPNT).

Pasukan ini menyapu bersih kedua-dua perlawanan awal dari tiga perlawanan yang dipertandingkan pada peringkat akhir yang berlangsung di Stadium Negeri. Regu A Permata menang dengan mencatat 21-18,21-14 manakala Regu B pula menundukkan lawan dengan catatan 21-14 dan 21-1

Walaupun pasukan ini yang dibarisi oleh muka lama masih mampu mengekalkan corak permainan memberangsangkan.

Lampiran:Tiada rekod