Kategori:SUKAN
 

Kelab PERMATA sekali lagi telah berjaya menjadi juara dalam Kejohanan Sepaktakraw KWDI 2010 yang telah diadakan pada 9hb Julai 2010. Kejohanan ini diadakan pada Stadium Negeri, Kuala Terengganu.  Kejayaan ini dapat menguatkan lagi kedudukan kelab PERMATA untuk menjadi juara keseluruhan pada tahun 2010. Sebanyak 9 pasukan telah mengambil bahagian iaitu Kelab Kejora, Kelab Helang, Kelab URUS, Kelab Rajawali, Kelab Niners, Kelab Tiger , Kelab PERMATA, Kelab Lebah dan Kelab Perbendaharaan.

Lampiran:Tiada rekod