Kategori:KATA ALUAN
 

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam 1Terengganu

Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada sidang redaksi Persatuan Kuari Malaysia Cawangan Terengganu di atas inisiatif dan usaha menerbitkan Majalah Persatuan Kuari Malaysia sempena ulangtahunnya yang keenam.

 

Sesungguhnya, proses membangunkan Negeri Terengganu sebagai sebuah negeri maju dan unggul dalam pelbagai segi memerlukan komitmen yang tinggi serta usaha yang jitu daripada pelbagai pihak. Usaha secara berpasukan antara Kerajaan Negeri dan pihak individu serta swasta merupakan ramuan penting dalam menentukan matlamat tersebut menjadi realiti. Justeru minat dan usaha gigih yang ditunjukkan oleh semua warga Persatuan Kuari Malaysia Cawangan Terengganu amat dihargai. 

Saya percaya dengan kesungguhan dan komitmen yang tinggi daripada semua anggota Persatuan Kuari Malaysia Cawangan Terengganu bakal memastikan persatuan ini terus kekal relevan sekaligus menjadi satu entiti yang mampu menyokong semua aspirasi Kerajaan Negeri Terengganu dalam melaksanakan pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi di bumi Darul Iman ini.

 

Lampiran:Tiada rekod