Kategori:Artikel Ilmiah
 Puasa Ramadhan adalah rukun keempat dalam Islam.
Firman Allah Ta’ala :
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan asas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. “ (Surah Al-Baqarah : Ayat 183).

Ibadah puasa merupakan salah satu amalan penting untuk mencapai ketakwaan, dan salah satu sebab untuk mendapatkan pengampunan dosa-dosa, pelipatgandaan kebaikan, dan pengangkatan darjat di sisi Allah S.W.T di mana Allah S.W.T telah menjadikan ibadah puasa khusus untuk diri-Nya dari amal-amal ibadah lainnya.

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku 5 perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat terdahulu sebelumnya :

i) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah S.W.T;

ii) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya;

iii) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar;

iv) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagi-Ku, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku; dan

v) Mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat. (Al-Hadith).

Riwayat Muslim ada menyebut:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, dan diikuti dengan enam hari dalam bulan Syawal, maka ia seumpana berpuasa sepanjang tahun ."

Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauhi segala larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih serta bertahlil, maka dibinakan rumah indah dalam syurga.

"Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya." (Al-Hadith).

Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)

"Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan."(A-Hadith).

Sebenarnya, banyak lagi fadhilat-fadhilat bulan kemuliaan ini, untuk diamati dan diteladani bersama sempena kita memperbanyakkan amalan ibadat dalam Ramadhan ini. Semoga sedikit pembacaan ini, dapat kita sebarkan dan berbuat amal demi mencapai keredhaan dan ganjaran tertinggi di sisi Allah S.W.T.

Selamat Membaca..
Lampiran:Tiada rekod