Kategori:PERKHIDMATAN
 

Seramai 14 Pegawai Tadbir Negeri yang baru dilantik pada bulan April 2009 telah menjalani Kursus Pengenalan sebelum menjalankan tugas sebenar dijabatan dimasa akan datang.  Kursus ini mengambil masa selama 30 hari.  Pelbagai bidang telah dicurahkan dalam kursus ini, antaranya berkaitan dengan Tatacara Protokol di Negeri Terengganu, Peraturan Tanah, Peraturan-peraturan Am yang telah diwajibkan keatas Penjawat Awam di negeri Terengganu ini.

Peringkat permulaan kursus ini telah dijalankan di Dewan Syarahan Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu selama 1 minggu.  Kemudian latihan telah ditukarkan tempatnya di Pulau Perhentian.  Disana pegawai-pegawai diajar bagaimana caranya kerja sepasukan (Team Works).

 

Lampiran:Tiada rekod