Kategori:PERKHIDMATAN
 

Inovasi

Perkhidmatan Awam pada masa kini menghadapi pelbagai cabaran yang kompleks berikutan degan  perubahan sosial ekonomi sedunia.Persekitaran ini menuntut sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih inovatif dalam menghasilkan perkhidmatan yang dapat memenuhi ekspektasi serta menlangkaui kehendak pelanggan dan stakeholder. Keadaan ini juga memberi kesan kepada penggunaan sumber khususnya sumber kewangan yang terhad serta keperluan modal insan yang berkualiti.
Kehendak dan ekspektasi pelanggan  yang semakin meningkat memerlukan warga Pejabat SUK lebih responsif dalam menyediakan perkhidmatan yang menjurus kepada keperluan pelanggan yang customised. Warga SUK juga memerlukan pendekatan baru dan idea yang lebih radikal untuk membolehkan SUK meningkat tahap penyampaian perkhiamatan agar lebih cekap dan berkesan.
Dengan itu, warga SUK perlu berani berubah dan mencuba pendekatan penyampaian perkhidmatan yang lebih inovatif ke arah menepati kehendak senario baru. Budaya inovasi adalah sebahagian daripada gerakan tranformasi sektor awam di samping menyokong agenda peningkatan daya saing negara........

Ini semua terkandung pada lampiran - lampiran di bawah :

1. Cadangan Inovasi (Pindaan)

2. Borang Cadangan Inovasi Warga SUK

 

Lampiran:Tiada rekod