Kategori:Makluman
 
Latar Belakang
Kali terakhir kita mendengar mengenai aktiviti Bulan Dakwah ini ialah pada tahun 1978, kira-kira 30 tahun dahulu. Program ini yang pada ketika itu bertujuan menyemarakkan aktivit dakwah Islamiah di negara ini berjalan dengan begitu baik dan berkesan.
Atas sebab itu, apabila cadangan untuk mewujudkannay kembali kali ini dengan bertemakan
"Dakwah Pemangkin Ummah", ia di sokong oleh semua badan dan organisasi Islam Negara ini.
Kali ini Yayasan Dakwah Islamiah Malaysi (YADIM) diberi amanah untuk menjadi sekretariat kepada program ini sekaligus memastikan ianya berjalan lancar dan menepati objektifnya. Program Bulan Dakwah untuk tahun ini dirancang pada Februari hingga Mac ini dengan pelancarannya di cadangkan pada 15 Februari.

Objektif
Sama seperti tujuan dan matlamat asalnya 30 tahun dahulu, program ini berhasrat menyedarkan, membimbing serta mangajak orang ramai terutamanya golongan belia dan remaja untuk bukan sahaja menghayati, malah mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar-benarnya.
Bagi mencapai tujuan itu, sekretariat Bulan Dakwah telah memutuskan untuk menggunkan pelbagai kaedah bagi mencapai hasrat tersebut. Secara ringkas, tidak keterlaluan sekiranya disebut di sini, ia dibahagikan kepada dua iaitu pendekatan tradisional dan bukan tradisional.
Pendekatan tradisional seperti yang biasa kita dengar ialah melalui ceramah dan seminar, manakala kaedah bukan tradisional yang telah diputuskan adalah menerusi aktiviti seperti kembara motosikal, karnival halal dan aktiviti khidmat masyarakat.
Pada mesyuarat jawatankuasa media dan publisiti Bula Dakwah baru-baru ini, sekretariat telah bersetuju untuk melaksanakan program ini berasaskan 10 kluster iaitu:-
  1. Aqidah dan Pegangan Hidup
  2. Perpaduan Ummah
  3. Kekeluargaan
  4. Pendidikan dan Dakwah
  5. Ekonomi dan Keusahawanan
  6. Kesihatan dan Kebersihan Alam Sekitar
  7. Sains dan Teknologi
  8. Kebajikan dan Masyarakat Prihatin
  9. Keselamatan dan Perundangan
  10. Kesenian dan Kebudayaan.
Lampiran:Papar Fail Lampiran(PDF)