Kategori:ICT
 

Virus komputer adalah sebuah program kecil yang ditulis untuk mengubah perjalanan operasi komputer, tanpa kebenaran dan pengetahuan pengguna. Virus mestilah memenuhi 2 kriteria:-

  1. Ia mestilah menjadi pemusnah dengan sendirinya. Ia kerap kali meletakkan kodnya sendiri dalam direktori sesebuah program yang ingin dimusnahkan.

  1. Ia mestilah menyalin dirinya sendiri. Sebagai contoh, ia akan menggantikan fail lain yang telah musnah dengan salinan fail yang telah dijangkiti virus. Virus-virus ini boleh menjangkiti komputer dan juga server rangkaian yang sama.

     

Sesetengah virus diprogramkan untuk merosakkan komputer dengan cara memusnahkan program, menghapuskan fail-fail, atau memformat semula hard disk. Sebahagiannya pula tidak direka untuk melakukan kerosakan, tetapi sewenang-wenangnya menyalin diri mereka dan menjadikan kehadiran mereka diketahui oleh pengguna dengan cara mempersembahkan tulisan, video, atau mesej audio. Virus seperti ini juga boleh memberi masalah kepada pengguna komputer. Virus-virus ini akan menggunakan memori komputer yang sedang digunakan oleh program-program yang sah. Maka, dengan itu, ia akan menjadikan ketidakstabilan dan kerosakkan pada sistem. Sesungguhnya, kebanyakan virus adalah perosak yang menyebabkan kerosakan serta kehilangan data.
Lampiran:Tiada rekod