Kategori:MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN
 1. Pentadbiran Yang Mesra Rakyat
        Dato'  Ahmad bin Said memberi amanat kepada pegawai serta kakitangan kerajaan Negeri agar memberi keutamaan kepada rakyat yang datang dari jauh untuk menyelesaikan masalah mereka. Beliau menyarankan agar kakitangan kerajaan kerja secara berpasukan agar dapat memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

2. Pegawai Turun Padang
        Beliau juga menyarankan para pegawai agar dapat turun padang sekali-sekala jika ketiadaan EXCO.

3. Menjaga Amanah
        Kakitangan awam dinasihatkan agar tidak terlibat  dengan hal-hal yang boleh menjejaskan pentadbiran. Perlulah berhati-hati dalam apa jua tindakan yang hendak dilakukan dan memperhalusi soal integriti.

4. Jangan Tangguh Kerja
        Kerajaan ada perancangan tertentu dan menjadi tanggungjawab kakitangan awam untuk menyiapkan projek mengikut jadual. Sekiranya gagal, peruntukan terpaksa dibawa ke tahun berikutnya dan akhirnya kos akan meningkat. Beliau meminta semua kakitangan kerajaan supaya melakukan perancangan lebih awal dalam setiap tindakan dan jangan bertangguh.
Lampiran:Tiada rekod