Kategori:Program Peningkatan Ekonomi
 

Kursus Asas Perniagaan bagi Parlimen K. Terengganu telah diadakan pada 16 April 2009 bertempat di Terengganu Equestrian Resort (TERs) dan dikendalikan oleh En Yusaini bin Yusop daripada SmartMinds Sdn. Bhd.

Seramai 45 orang peserta telah dipilih bagi menghadiri kursus ini. Para peserta terdiri daripada Peserta Program Jaya Diri (PJD) YPKT yang terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan.

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para peserta berkaitan dengan asas-asas perniagaan dan keusahawanan.

Lampiran:Tiada rekod