Kategori:AKTIVITI AKAN DATANG
 

  The Japan Foundation Kuala Lumpur (Yayasan Jepun Kuala Lumpur) akan membawakan  “FESTIVAL  MINI KEBUDAYAAN JEPUN” khas ke Terengganu selama  3 hari

Marilah hadir beramai-ramai ke “Festival Mini Kebudayaan Jepun” di Terengganu yang telah dibawakan khas oleh The Japan Foundation Kuala Lumpur (Yayasan Jepun Kuala Lumpur) dengan kerjasama Muzium Negeri Terengganu. Melalui festival ini, diharap dapat menarik minat para pengunjung daripada pelbagai kaum dan umur terutama yang berada disekitar Terengganu untuk mengenali budaya Jepun. Terdapat pelbagai aktiviti kebudayaan Jepun yang telah kami sediakan untuk para pengunjung seperti demonstrasi Yukata (Kimono musim panas), bengkel Origami (Seni Lipatan Kertas), pelajaran Bahasa Jepun, tayangan filem bahasa Jepun and pelbagai lagi aktiviti menarik yang menanti. Kemasukkan adalah percuma dan anda dijemput hadir bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Jumpa anda disana!

 Di anjurkan oleh:

  • The Japan Foundation Kuala Lumpur (Yayasan Jepun Kuala Lumpur)

 Di anjurkan dengan kerjasama:

  •  Muzium Negeri Terengganu

 

Tarikh : 30 Jun, 1 & 2 Julai 2012

Tempat: Muzium Negeri Terengganu

Bukit Losong, 20566 Kuala Terengganu

Kemasukkan: Percuma (Terbuka kepada orang awam)

Untuk maklumat lanjut sila layari (laman web JFKL) http://www.jfkl.org.my/ atau (Laman web Muzium Negeri Terengganu) http://museum.terengganu.gov.my/  / (hubungi Muzium Negeri Terengganu) di talian: 09-622 1444

 

Aturcara

30hb Jun (Sabtu)

20:30

Film Screening “NITABOH”

1hb Jul (Ahad)

9:30

Documentary Film Screening “LIGHT UP NIPPON”

10:00

Kiri-e Workshop (Make a sakura tree!)

10:30

Opening Ceremony

11:30

Yukata Demonstration

12:00

Traditional Toy Workshop

14:00

Mini Japanese Language Lesson

14:30

Origami Workshop

15:00

Documentary Film Screening “Can You See Our Lights?”

16:00

Mini Japanese Language Lesson

20:30

Film Screening “Happy Flight”

2hb Jul (Isnin)

9:00

Yukata Demonstration

10:00

Origami Workshop

11:00

Mini Japanese Language Lesson

11:30

Kendama Workshop

14:00

Film Screening “Happy Flight”

16:00

Mini Japanese Language Lesson


Mengenai The Japan Foundation Kuala Lumpur (Yayasan Jepun Kuala Lumpur)

 

The Japan Foundation, Kuala Lumpur (Yaysan Jepun Kuala Lumpur) telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1989. Semenjak ditubuhkan banyak program dan aktiviti telah dijalankan untuk mempromosikan “Arts and Cultural Exchange” “Japanese-Language education”,  dan juga “Japanese Studies” di Malaysia.

 Untuk maklumat lanjut mengenai The Japan Foundation, Kuala Lumpur sila hubungi kami ditalian 03-22846228, atau e-mail aini.jfkl@gmail.com or log on to http://www.jfkl.org.my/

 

Lampiran:Tiada rekod