Kategori:AKTIVITI AKAN DATANG
 

  PROGRAM HIMPUNAN ALUNAN MUZIK TRADISIONAL NEGERI TERENGGANU

 

  9 HINGGA 11 SEPTEMBER 2012 / AHAD HINGGA SELASA

 

  PERKARANGAN KOMPLEKS MUZIUM NEGERI TERENGGANU

 

 

Penciptaan alat muzik diilhamkan melalui pemerhatian pada sumber alam dan menerusi eksploitasi bahan-bahan semulajadi seperti kulit haiwan, tumbuh-tumbuhan, tulang dan tanduk. Bermula hanya dengan bertepuk tangan, menghentak kaki, bersiul, mengetuk kayu dan sebagainya, muzik akhirnya terus mengalami evolusi ke tahap yang lebih kompleks dan kompetitif. Pengaruh dan pertembungan budaya dari luar yang berlaku pada zaman perdagangan dan penjajahan banyak mempengaruhi alat muzik tempatan. Justeru lahirlah alat-alat muzik yang sinkretik yang terhasil dari kepandaian menggabung-jalinkan unsur-unsur luar misalnya dari Timur Tengah, India, China dan Eropah di negara ini dengan muzik “rakyat” dan muzik “istana” yang mendominasikan aliran muzik pada zaman itu.

 

Kini, di Malaysia yang mempunyai rakyat dari pelbagai kaum dan budaya, variasi muzik tradisi adalah hasil campuran pelbagai etnisiti yang ada di negara ini. Muzik tradisional secara amnya digunakan sebagai lambang budaya sesuatu bangsa selain tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara adat-adat tertentu yang mempunyai nilai estetikanya sendiri. Ianya juga mempunyai latar belakang yang berbeza dari segi irama, alat muzik yang digunakan dan cara dipersembahkan.

Istimewanya pelbagai etnik ini termasuk kaum majoriti Malaysia iaitu melayu, cina, india serta bumiputera sabah dan Sarawak kadangkala bergabung menghasilkan alunan muzik nusantara yang tidak terdapat di negara lain. Gabungan ritmanya serta itonasi yang murni menjadi suatu melodi yang begitu unik.

      Namun begitu, sebagai langkah awal dan bertepatan dengan peranan Lembaga Muzium Negeri Terengganu untuk menyalurkan maklumat dan menghebahkan kepada mesyarakat tentang adat dan budaya masyarakat pelbagai kaum di Negeri Terengganu, program Himpunan Alunan Muzik Tradisional Negeri Terengganu akan mempersembahkan alunan muzik dari kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli dan Siam. Sepanjang 3 hari ini, pelbagai aktiviti menarik akan disajikan kepada pengunjung seperti demonstrasi oleh setiap kaum yang terlibat di “booth” masing-masing, jualan produk, program “Bicara Seni”, kuiz dan pada hari kemuncak program iaitu hari terakhir akan mempersembahkan gabungan yang akan menggabungkan kelima-lima alunan muzik kaum ini untuk menjadikan satu alunan muzik tradisional yang akan dipersembahkan kepada pengunjung yang hadir.

Semoga dengan adanya program sebegini dapat memberikan sedikit-sebanyak maklumat kepada masyarakat tentang muzik tradisional setiap kaum yang ada di Negeri Terengganu. selain itu, ia dapat menjalinkan hubungan yang baik dan berpanjangan di antara mereka.

objektif :  

 

a.  a.    Sebagai saluran untuk memelihara sejarah dan budaya dengan mengumpul, menyimpan dan mempamer/menghebahkan kepada generasi kini dan akan datang.

 b.      Sebagai sumber untuk mendokumentasikan alunan muzik tradisional pelbagai budaya yang ada di negeri Terengganu. 

c.      c.         Sebagai media penyaluran maklumat khusus tentang muzik tradisional yang ada di Malaysia.

d.      Memberi pendedahan dan pembelajaran kepada golongan masyarakat tidak kira bangsa dan usia untuk mengenali irama muzik pelbagai budaya.

e.      Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang peranan muzik dalam konteks pendidikan dan perkembangan sosial masyarakat.

f.        Sebagai salah satu aktiviti tahunan Muzium Negeri Terengganu bagi tahun 2012.

 Sebarang pertanyaan / maklumat sila hubungi :-

 

  Urusetia 

Himpunan Alunan Muzik Tradisional Negeri Terengganu

 

  Muzium Negeri Terengganu, Bukit Losong

 

  20566 Kuala Terengganu

 

  Tel : 09-6321200 samb. 1222 ( Puan Alisa)

 

  09-6321200 samb. 1223 / 019-992 9277 (Puan Azlaizie)

 

  Fax : 09-626 6164

Lampiran: