Kategori:BERITA TERKINI
 

Berita dari Unit Kenaikan Pangkat / Tatatertib

1)   Pengumuman permohonan tawaran kenaikan pangkat jawatan Pegawai Tadbir Negeri ke gred N44, N48 dan N52. Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 September 2009.

2)   Seramai 1,411 orang pegawai Kumpulan Sokongan Negeri yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan lebih telah menikmati kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) yang telah berkuatkuasa mulai 1 Julai 2009.

Opsyen Untuk Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip) Operator Mesin Pemprosen Data

Tawaran opsyen kepada Pembantu Tadbir Rendah Gred N 11 dan N 14 dan Operator Mesin Prosesan Data Gred F 11 dan F14 untuk tukar lantik kejawatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17. sedang dalam proses peringkat akhir.

Opsyen untuk Pegawai Petempatan

Begitu juga tawaran opsyen kepada Penolong Pegawai Tanah Gred NT17 kepada skim Penolong Pegawai Tanah Gred NT27. Tarikh tutup menerima maklumbalas dari Pentadbir Tanah adalah pada 15 September, 2009.

Lampiran:Tiada rekod