Kategori:BERITA TERKINI
 

 

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pentadbiran Negeri akan mengadakan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) bagi Peringkat Negeri Terengganu kali ke 23 pada Minggu Ketiga Bulan Jun 2010.

2. Ketua-ketua Jabatan diminta mencalonkan kumpulan-kumpulan KIK dari jabatan masing-masing yang telahpun selesai melaksanakan projeknya dengan memenuhi borang lampiran `A’ berkembar. Kumpulan KIK akan dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu Kategori Pengurusan dan Teknikal. Sehubungan itu, jabatan hanya boleh menghantar satu kumpulan sahaja bagi satu kategori. Sila rujuk kepada lampiran `IA’ berkembar.

3. Jabatan-jabatan yang berminat untuk menyertai Konvensyen KIK dikehendaki mengemukakan permohonan kepada Urusetia KIK Peringkat Negeri Terengganu, Pejabat Setiausaha Kerajaan, Terengganu, Tingkat 8, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada atau sebelum 10 Mei 2011 dengan mengemukakan bersama teks persembahan yang telah dibukukan sebanyak 5 salinan.

Lampiran Berkaitan KIK 2011

1. Surat Siaran KIK 2011

2. Lampiran A

3. Syarat - Syarat Penyertaan

Lampiran:Papar Fail Lampiran(PDF)