Kategori:ARTIKEL
 
Kampung Pelandan – Pelaksanaan program Bumi Hijau berteraskan “Tanam Ternak Guna Sendiri, Jimat Cermat Bina Ekonomi”, bukan sekadar mampu mengurangkan kos perbelanjaan harian keluarga, tetapi juga satu langkah bagi memastikan hasrat kerajaan negeri menyasarkan bilangan rakyat termiskin tegar sifar menjelang 2010. Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, semua pihak perlu menyambut saranan kerajaan bagi menjayakan program ini kerana ia dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat. Golongan PPRT perlu lebih sensitif dan responsif terhadap apa jua bentuk tawaran kerajaan dalam usaha memberi peluang kepada mereka berdikari, sekaligus membantu keluar daripada kepompong kemiskinan. Penyertaan dari sekolah-sekolah negeri juga digalakkan dalam program ini dan sehingga April 2009, sebanyak 90 buah sekolah di negeri ini melibatkan diri dalam Program Bumi Hijau. Pelaksanan di peringkat sekolah mampu menyemai kecintaan terhadap alam sekitar di kalangan pelajar selain dapat menyihatkan tubuh badan serta membantu mengurangkan tekanan kerana ia membabitkan aktiviti-aktiviti yang bersifat riadah. (Sumber)
Lampiran: