Kategori:ARTIKEL
 

 

Jertih – Meskipun ramai beranggapan bidang pertanian yang memerlukan kerja keras lelaki, seorang wanita, di sini, membuktikan sebaliknya apabila projek pertanian secara komersial diusahakan sudah membuahkan hasil yang lumayan. Norlida Miskim, 37, dari Kampung Padang Landak, di sini sanggup meninggalkan bidang perniagaan secara kecil-kecilan kerana yakin bidang pertanian boleh membuahkan hasil lumayan jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Berbekalkan modal sebanyak RM 20,000, beliau melakukan projek tanaman tembikai bersendirian dan telah mendapat hasil pertama sebanyak 10 tan, diikuti dengan 15 tan pada fasa kedua. Tembikai yang diusahakannya bukan sahaja telah mendapat tempahan di dalam negeri Terengganu sendiri malah telah menembusi pasaran di Perak, Johor, Pahang dan Kuala Lumpur. (Sumber)

 

 

Lampiran: