Kategori:ARTIKEL
 

Lubuk Periok- Sebanyak 2,000 pokok limau telah ditanam dalam Projek Kelompok Tanaman Limau Kampung Lubuk Periok,Hulu Terengganu yang disertai seramai 27 orang peserta.Hasil yang dikutip kebiasaanya kira-kira 30-50kg dan biasanya dijual kepada peraih atau sesiapa yang inginkannya. Hasil boleh dituai dalam 2-3 hari seminggu bergantung kepada keadaan buah yang masak kerana buah tidak masak serentak.

Menurut Pengerusi kelompok, Encik Yahya bin Abdullah,hasil tanaman mampu mencecah 30kg/pokok sekiranya peserta kelompok pandai menjaga pokok dimana limau mampu untuk dijual sekitar hingga RM2.50 - RM3.50.

Lampiran: