Kategori:ARTIKEL
 

Kuala Terengganu- Nama Negeri Terengganu bakal tersohor kerana bakal berpotensi baik dalam bidang penyelidikan perlebahan di negara kita dengan adanya sokongan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dengan penglibatan pelbagai pihak dalam penyelidikan seperti UMT,USM dan Jabatan Pertanian.  Menurut Pengerusi Persidangan ke -11 Persatuan Perlebahan se-Asia, Datuk Dr Makhdzir Mardan, sokongan institusi yang terlibat sengan sokongan kerajaan negeri Terengganu mampu untuk melonjakkan nama Negara dalam industry ini. Persidangan Persatuan Perlebahan Asia ke-11 dan API EXPO 2012 telah diadakan pada 28 September 2012 sehingga 2 Oktober 2012. Anatra program yang diadakan adalah bengkel,Persidangan dan pameran yang diadakan di UMT, Primula Hotel dan Dataran Awam Batu Buruk. Persidangan ini telah dihadiri oleh pegawai penyelidik serta penggiat serta peminat bidang perlebahan yang terdiri dari setara Asia, Afrika, Amerika, Eropah dan Negara ini.

Lampiran: