Kategori:Keratan Akhbar
 

K. TERENGGANU 12 Mei – Ar-Rahnu dan Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT)  berjaya  mengelak umat islam daripada terjebak dengan ceti haram, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Alwi Muhamad.
Beliau  menegaskan , penubuhan kedua-dua sistem pajak gadai Islam itu juga membuktikan kesungguhan kerajaan negeri untuk membebaskan umat Islam daripada sebarang pinjaman berunsurkan riba. Katanya , sejak MGIT ditubuhkan pada tahun 1992 dan Ar-Rahnu dua tahun lalu seramai 407,564 umat Islam memanfaatkan kemudahan itu dengan membabitkan urus niaga sebanyak RM370 juta. “Sambutan  menggalakkan daripada orang ramai terhadap skim itu menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya pajak gadai Islam menyamai pajak gadai konvensional,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Ditanya mengenai prestasi Ar-Rahnu, Alwi berkata, penubuhannya Berjaya membuahkan hasil seramai  7,147 orang memanfaatkan kemudahan muassasah Ar-Rahnu sejak ia memulakan operasi. Katanya , nilai keseluruhan urus niaga pinjaman dilakukan oleh Ar-Rahnu sehingga kini mencecah hamper RM10 juta. “Daripada keseluruhan pinjaman dikeluarkan, sebanyak RM346,249.00 adalah dari Dungun, RM6.084 juta Kuala Terengganu, RM3.399 juta Besut dan RM 1.105 juta Kemaman,” katanya.
Alwi menambah setakat ini kerajaan negeri melalui Maidam sudah membuka lima cawangan Ar-Rahnu di seluruh negeri iaitu di Kuala Terengganu (dua cawangan), Besut, Dungun dan Kemaman masing-masing satu cawangan. Katanya , antara kelebihan sistem MGIT dan Ar-Rahnu ialah mereka yang menghadapi masalah kewangan tidak dikenakan sebarang upah ketika mengendalikan barangan kemas.  Kesungguhan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusuh mengeluarkan uamt Islam daripada terus mengamalkan riba terbukti  apabila sebanyak RM12 juta telah diperuntukkan untuk membuka lebih banyak pajak gadai Islam.
Mengenai perancangan masa depan Ar-Rahnu, Alwi berkata, dua lagi cawangan baru Ar-Rahnu akan dibuka iaitu di Batu Enam dan Al-Muktafillah Shah. Katanya , segala kelengkapan termasuk bangunan kini dalam proses penyiapan dan dijangka beroperasi pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.
 

Lampiran:Tiada rekod