Kategori:Keratan Akhbar
 

(Utusan Malaysia 20 April 2006)

KUALA TERENGGANU 20 April – Terengganu  melantik Pos Malaysia sebagai ejen kutipan zakat bagi memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan mereka membayar zakat. Pengerusi Pos Malaysia dan services Holding Berhad, Tan sri Adam Kadir berkata, negeri-negeri lain yang turut melantik Pos Malaysia sebagai ejen kutipan zakat adalah Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Perak dan Selangor.

Menurut beliau, hal ini membuktikan keyakinan  Majlis Agama Negeri  terhadap  keupayaan Pos Malaysia membantu memantapkan lagi kutipan zakat. “ Pelanggan akan mendapat lebih kemudahan dalam menangani urusan zakat mereka melalui pejabat-pejabat  pos berdekatan, “ katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Menandatangani Perjanjian Pos Malaysia Berhad dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) di Primula Beach Resort di sini, semalam.

 Pada majlis itu, Pos Malaysia diwakili oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ikmal Hijaz Hashim dan Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Abu Huraira Abu Yazib. Sementara itu, MAIDAM pula diwakili oleh Datuk Alwi Muhamad dan Ketua Penolong Setiausaha Baitulmal, Johan Ibrahim. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Islam Hadhari dan Kebajikan Negeri, Datuk Rosol Wahid. Menurut Adam, berdasarkan rekod jumlah kutipan zakat di negeri-negeri yang melantik Pos Malaysia Berhad sebagai ejen, kutipan zakat meningkat dari setahun ke setahun. Beliau memberitahu, pada masa ini hanya dua buah negeri iaitu Sabah dan Sarawak yang masih belum menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia.

Sementara itu, Alwi berharap dengan kemudahan melalui pembayaran zakat di 26 pejabat pos di negeri ini dapat meningkatkan kutipan zakat di Terengganu pada tahun ini. Menurur beliau, dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini sebanyak RM8 juta zakat harta dan perniagaan telah dikutip dan MAIDAM menjangka lebih RM40 juta akan diperoleh sehingga akhir tahun ini.

Lampiran:Tiada rekod