Kategori:Artikel
 

KEM MyHESS EKSEKUTIF 2010

 

KUALA TERENGGANU - 2 Jun : Kem MyHeSS Eksekutif 2010 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dengan Kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan jayanya telah diadakan di Tingkat 18, Wisma Darul Iman. Kem yang secara keseluruhannya memerlukan 2 sesi bagi melengkapkan jadual keseluruhan kem tersebut telah melalui sesi pertama iaitu pemeriksaan kesihatan dan ujian kecergasan. Sesi kedua  iaitu sesi infosihat dan kaunseling telah ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kem MyHess (singkatan daripada Malaysian Health Status Surveillance Sysytem) kakli ini telah mensasarkan peserta daripada pimpinan tertinggi kerajaan Negeri Terengganu bertujuan untuk memastikan golongan sasaran ini mempunyai kesedaran dan tahap kesihatan fizikal dan mental yang baik di samping dapat memberikan perkhidmatan yang boleh menganggu tumpuan mereka terhadap tugasan harian mereka.

Seramai lebih 70 orang peserta terdiri daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ADUN dan Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan telah menghadiri kem tersebut. “Ini merupakan satu program yang bagus di mana pemimpin-pemimpin juga tidak terkecuali kerana mereka juga perlu sihat supaya segala kerja tidak tertangguh jika asyik berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan sekiranya tidak sihat”, berikut ulasan YAB. Dato’ Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu ketika ditemubual. Beliau juga tidak ketinggalan bersama-sama peserta lain dalam menjayakan kem tersebut.

 

Lampiran:Tiada rekod