Kategori:Artikel
 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR AHLI MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN KE NEGERI TERENGGANU PADA 2 HINGGA 4 JULAI 2010

 

KUALA TERENGGANU 3 Julai – Kerajaan Negeri Terengganu telah menerima kunjungan dari Pejabat Setiusaha Kerajaan Negeri Sembilan baru-baru ini. Lawatan seramai 40 orang yang diketuai oleh YB Dato’ Haji Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri itu telah sampai di Terengganu pada 2 Julai 2010 dan kembali pulang pada 4 Julai 2010.

Lawatan yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan natara kedua-dua Pejabat SUK Negeri itu berlangsung dengan baik dan lancar. Taman tamadun Islam (TTI) dan Pasar Besar Kedai Payang adalah antara lokasi wajib dalam memenuhkan jadual lawatan mereka. Dalam lawatan tersebut, Pihak Kerajaan Negeri Terengganu dengan berbesar hati telah menjamu para tetamu dalam jamuan makan malam di Restoran B’beteng, Taman Tamadun Islam (TTI). Dalam majlis yang penuh keakraban itu, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar cenderahati sebgai tanda kenang-kenangan.

Sebelum pulang, pihak SUK Negeri Sembilan mengadakan lawatan ke Majlis Bandaraya Kuala Terengganu bagi mendengar taklimat oleh wakil Datuk Bandar, MBKT berhubung pembangunan Bandaraya Kuala Terengganu yag dikenali sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air. Selepas itu, rombongan ini mengadakan lawatan ke Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu. Ketibaan rombongan ini disambut oleh YB Mulia Dato’Tengku Putera bin Tengku Awang, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu. Pejabat Dewan Undangan Negeri telah menjamu ahli rombongan dengan jamuan makan tengahari sebelum bertolak ke seremban, Negeri Sembilan.

Lampiran:Tiada rekod