Kategori:ARTIKEL
 


Pengerusi dan seluruh Ahli Jawatankuasa Induk Festival Gamelan Sedunia 2010 mengalu-alukan kedatangan seluruh peserta ke Festival Gamelan Sedunia 2010.
 
Turun gambang tingkah bererti,
Gambuh menyanyi  lambang sari,
Kami sangat berbesar hati,
Tuan sudi sampai ke mari...


Merealisasikan Festival Gamelan ini di harap akan berupaya  menyuarakkan  harapan seluruh rakyat negara ini amnya dan harapan semua rakyat negeri Terengganu Darul Iman khasnya untuk melihat Gamelan menjadi suatu produk budaya yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan budaya tersohor dari Barat.

Festival Gamelan Sedunia 2010 yang akan melibatkan seluruh karyawan muzik dan tari gamelan seluruh pelusuk dunia secara eksklusif bakal menjadi penyumbang terbesar serta mempunyai tarikan yang tersendiri kearah merealisasikan hasrat untuk menjadikan negeri Terengganu sebagai satu destinasi khusus yang menjadi ikon kesenian gamelan dunia. Gemilangkan seni warisan kita, seni Gamelan yang bakal menyinar dengan cemerlang di seluruh pelusuk alam.

Merealisasikan Festival Gamelan ini di harap akan berupaya  menyuarakan  harapan seluruh rakyat negara ini amnya dan harapan semua rakyat negeri Terengganu Darul Iman khasnya untuk melihat Gamelan menjadi suatu produk budaya yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan budaya tersohor dari Barat.

Festival Gamelan Sedunia 2010 yang akan melibatkan seluruh karyawan muzik dan tari gamelan seluruh pelusuk dunia secara eksklusif bakal menjadi penyumbang terbesar serta mempunyai tarikan yang tersendiri ke arah merealisasikan hasrat untuk menjadikan negeri Terengganu sebagai satu destinasi khusus yang menjadi ikon kesenian gamelan dunia. Gemilangkan seni warisan kita, seni Gamelan yang bakal menyinar dengan cemerlang di seluruh pelusuk alam.

 

OBJEKTIF

Festival Gamelan Sedunia Kedua merupakan usaha berterusan yang dilakukan selepas Festival dan Simposium Gamelan Pertama yang diadakan pada tahun 2008. Festival ini di harap dapat dijadikan pemangkin dan dapat memberikan suatu ruang maklumat dan juga hiburan ( edutainment) yang bermutu tinggi kepada masyarakat setempat khususnya dan para pencinta serta pendokong seni gamelan seluruh negara umumnya. Juga menjadi hasrat agar, para pelancong luar negara turut dituntut untuk datang bersama bagi mengenali, menghayati dan sekaligus mengetahui tentang selok belok serta sejarah dan perkembangan seni warisan gamelan setempat yang mempunyai pertalian rapat dengan seni gamelan dari luar negara, khususnya gamelan dari Indonesia.

Festival Gamelan Sedunia Kedua juga dijadikan satu platform dalam usaha kerajaan bagi mengenengahkan lagi seni gamelan Terengganu ( Malaysia) kepada seluruh aktivis gamelan dari seluruh dunia. Produk akhirnya ialah menjadikan satu hasrat agar gamelan Terengganu mampu mencipta nama di seluruh pelusuk dunia sebagaimana gamelan Jawa dan gamelan Bali yang telah berjaya menakluki benua Amerika dan juga benua Eropah.

Festival Gamelan Sedunia Kedua juga merupakan satu ruang untuk mendedahkan penggiat gamelan tempatan; atau kumpulan gamelan seperti Kumpulan Warisan Terengganu, Kumpulan Akademi Seni Negeri
( ASENI) serta beberapa kumpulan tempatan lain bersama-sama berganding bahu dan mendapatkan pengalaman yang maksimum daripada pemuzik serta pencinta gamelan seluruh dunia yang telah lama mencipta nama di persada dunia.





Lampiran:Tiada rekod