Kategori:ARTIKEL
 

GEMA GAMELAN YANG MEMUKAU.

“Jelira” itu satu diksi lokal yang dapat digambarkan dengan persembahan malam kedua 24 Julai 2010  Variasi pelbagai teknik, gaya, konsep persembahan 10 kumpulan gamelan yang mempersembahkan persembahan berjaya memukau lebih dari 2500 penonton. Persembahan yang memakan waktu 2 jam itu terasa singkat  menyempurnakan halwa mata dan telinga.

Gabungan antara tradisonal dan kontemporari berjaya mengangkat keseluruhan persembahan menjadi bertenaga dan  memikat.  Rhythm In Bronze ,Hands Percussion, Japanese Bali Club, Seni Benawa Jawa, Sanggar Singamurthi Bali, Kumpulan Gastarana Bukit Tinggi dan ASWARA telah menyerlahkah keunikan dan kehebatan persembahan dan majlis diakhiri dengan persembahan gabungan keseluruhan kumpulan di bawah satu komposisi irama yang padu yang diilhamkan dan dipimpin  oleh Adiguru Gamelan Malaysia, Encik Bob Khalel.

Lampiran:Tiada rekod