Kategori:artikel
 

Acara tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Bahagian Kerajaan Tempatan iaitu Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung untuk tahun 2011/2012 telah sempurna dihakimi sekitar Februari yang lalu.

Pertandingan ini telah terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori Kampung Di Kawasan Operasi dan kategori Kampung Luar Kawasan Operasi yang telah melibatkan semua daerah di Negeri Terengganu.

Jawatankuasa Pertandingan Kebersihan Negeri telah bersetuju melantik seramai 12 orang panel hakim yang terdiri daripada enam buah jabatan iaitu Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perancang Bandar Dan Desa (JPBD), Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu(JHEAT), dan Pejabat Kesihatan Negeri bagi mengadili kategori yang dipertandingkan.

Lampiran:Papar Fail Lampiran(PDF)