Kategori:artikel
 

Kerajaan negeri membuka laman web khusus dan talian operasi khas bagi memudahkan orang ramai serta ibu bapa yang mahu mendapatkan maklumat terkini perkembangan misi membawa pulang pelajar Terengganu yang berada di Mesir.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Encik Rosli Zakaria, berkata laman web rasmi berkenaan http://mesir.terengganu.gov.my dan http://www.misipulang.blogspot.com.
 
Menurutnya, kedua-dua saluran itu akan memuatkan info dan perkembangan misi membawa pulang pelajar Terengganu dari Mesir secara terperinci serta nombor telefon bilik gerakan untuk dihubungi.
 
Berdasarkan laporan laman web rasmi kerajaan yang dikemaskini sehingga 5 Februari itu, sejumlah 236 penuntut Terengganu yang terlibat dalam misi itu dan sebahagian mereka sudah berada di 10 pusat perpindahan.
 
Sehingga kini, seorang pelajar sudah selamat pulang ke Malaysia, seorang di Perancis dan Sepanyol. Sementara tiga pelajar  berada di Hayyu Ashir, Kaherah, 80 di Mansourah dan 63 di Jeddah. Manakala 87 masih belum dipindahkan lagi.  
 
Info:  Bilik Gerakan Negeri     09-6224559 / 09-6310164
          Bilik Gerakan Mesir      +20110-5005338 /
                                                     +2010-1101004 / +2010-8714264 / +2010-5382715

Sumber: Unit Komunikasi Negeri

Lampiran:Tiada rekod