Kategori:PROGRAM DALAMAN
 

 

 

Pelancaran Gotong Royong Perdana 5S ini telah diadakan pada 7 Januari 2010 yang bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Marang iaitu Tuan Haji A. Rahman b. Che Ali. Semua kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Marang telah terlibat secara langsungnya bagi menjayakan program tersebut.

Tujuan program 5S ini dilancarkan adalah bertujuan  menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.

Selaras dengan pelancaran ini juga, Pejabat Daerah dan Tanah Marang sedang menuju ke arah persijilan ISO dan 5S yang dijangka pada bulan Jun 2010 ini.

            Apabila selesai perasmian yang telah dibuat oleh Tuan Pegawai Daerah Marang, semua kakitangan telah bergerak ke kawasan kerja masing-masing bagi melaksanakan gotong-royong perdana ini.

Lampiran: