Kategori:PROGRAM LUARAN
 

Program ini dijalankan pada 17 Januari 2010 pada pukul 7.30 pagi sehingga pukul 2 tengah hari bertempat di perkarangan Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang.

Pertandingan ini dibahagikan kepada beberapa peringkat terdiri daripada peringkat jabatan- jabatan dan JKKK-JKKK/NGO. Program ini disertai oleh 43 pasukan di mana terdiri daripada 27 jabatan dan 16 JKKK/NGO.
Program ini juga disokong oleh beberapa agensi yang sudi menaja program seperti Petronas dan Milo. Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Daerah Marang dan Pejabat Agama Daerah Marang.
Pada penutup program ini, para pemenang diumumkan bagi memberi ganjaran kepada setiap peserta yang bertungkus-lumus dalam menyediakan ramuan terbaik bagi menyediakan bubur asyura yang benar-benar lazat. Juri-juri dilantik daripada juri yang berpengalaman luas dalam bidang masakan. Hadiah disampaikan oleh Pegawai Daerah, Haji A. Rahman bin Che Ali yang turut sama memeriahkan program yang julung-julung kalinya diadakan di daerah Marang ini.
Bagi ketegori jabatan, pemenang yang memenangi tempat pertama adalah Pejabat Agama Daerah Marang. Tempat kedua disandang oleh Majlis Daerah Marang dan tempat ketiga adalah Mara Marang. Bagi ketori JKKK dan NGO pula, tempat pertama disandang oleh LKPI Binjai Rendah diikuti oleh JKKK Desa Permai Darat Pak Chan di tempat kedua. Dan tempat ketiga dimenangi oleh JKKK Gong Nangka.
Bagi pihak Pejabat Daerah Marang, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap peserta yang bertungkus-lumus menyediakan juadah bubur asyura serta memeriahkan program ini. Dan diharapkan kerjasama antara jabatan, JKKK dan NGO akan berterusan.


Lampiran:Tiada rekod