Kategori:PERMOHONAN
 LAPORAN JAWATANKUASA KECIL PENGANGKUTAN SEMPENA KEBERANGKATAN PULANG SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG DAN SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG 1. Jawatankuasa kecil pengangkutan telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal-hal berkaitan pengangkutan sepanjang upacara keberangkatan pulang SPB Yang Dipertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong. Pecahan pengurusan pengangkutan terbahagi kepada dua (2) iaitu: I. Pengurusan kenderaan bagi menyambut ketibaan rombongan SPB Yang Dipertuan Agong. II. Pengurusan kenderaan bagi peserta perbarisan di laluan-laluan protokol, daripada Lapangan Terbang Sultan Mahmud sehingga Istana Maziah di Shahbandar. Status Terkini bagi pengurusan kenderaan menyambut ketibaan rombongan SPB Yang Dipertuan Agong. 1. Perbincangan telah dibuat di antara En. Abdul Rahim bin Abdul Wahab, Penyelia Pemandu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan telah diputuskan kenderaan bagi rombongan SPB Yang Dipertuan Agong akan diuruskan oleh pihak Setiausaha Kerajaan Negeri. Jawatankuasa kecil pengangkutan akan menyediakan sebanyak lima (5) kenderaan Proton Perdana V6 serta sepuluh (10) buah kenderaan pelbagai guna untuk digunakan pada 10 Disember 2011 sehingga 16 Disember 2011. 2. Berikut merupakan jumlah kenderaan yang diperolehi bagi pengurusan kenderaan rombongan SPB Yang Dipertuan Agong: Status Terkini Pengurusan kenderaan bagi peserta perbarisan di laluan-laluan protokol, daripada Lapangan Terbang Sultan Mahmud sehingga Istana Maziah di Shahbandar. 1. Mesyuarat jawatankuasa kerja perbarisan memohon sebanyak 80 bas bagi menguruskan pengangkutan para peserta yang dianggarkan sebanyak 10,000 orang. Walaubagaimanapun pengurusan pengangkutan ini tidak terlibat kepada peserta-peserta yang berada berhampiran dengan laluan protokol. 2. Jabatan kerajaan atau agensi yang terlibat di dalam upacara perbarisan ini dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan sebagaimana berikut: Bil Jabatan/Agensi Jumlah 1 Pusat Pengajian Tinggi 2,600 2 Jabatan Kerajaan 1,000 3 JKKK 2,000 4 Belia dan NGO 1,400 5 Pelajar sekolah 3,000 JUMLAH 10,000 3. Jumlah bas yang diperolehi setakat ini adalah sebagaimana pecahan berikut: Bil Jabatan/Agensi Jumlah Bas 1 Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu 5 Buah 2 Yayasan Negeri Terengganu 4 Buah 3 KASTAM 1 Buah 4 Pejabat Daerah Marang 1 Buah 5 Jabatan Kebajikan Masyarakat 1 Buah 6 Pejabat Daerah Setiu 1 Buah 7 JPNT 15 buah 8 Bas sewaan 40 Buah JUMLAH 69 Buah 4. Jawatankuasa kerja perbarisan yang bermesyuarat pada 5 Disember 2011 telah dimaklumkan mengenai keperluan kenderaan bas untuk ke tempat perbarisan. Disenaraikan agensi serta jabatan kerajaan yang memerlukan bas bagi pengangkutan para peserta. Bil Jabatan/Agensi Jumlah peserta Keperluan Bas 1 Pusat Pengajian Tinggi 2,600 Pengangkutan sendiri 2 Jabatan Kerajaan 1,000 Pengangkutan Sendiri 3 JKKK 2,000 Pengangkutan Sendiri 4 Belia/NGO dan KEMAS 1,400 23 Buah 5 Pelajar sekolah 3,000 38 Buah JUMLAH 10,000 61 Buah
Lampiran:Tiada rekod