Kategori:ARTIKEL
 

               
1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa.  Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita.  Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita.  Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan.

 

 

 

Lampiran:Papar Fail Lampiran(PDF)