Kategori:ARTIKEL
 

 

Penduduk terutama yang tinggal di kawasan rendah dinasihatkan sentiasa berwaspada berikutan banjir di negeri ini dijangka kembali melanda dengan anggaran 40 peratus lebih buruk berbanding tahun sebelum ini.

Dato’ Ahmad berkata, mereka perlu menyimpan segala dokumen penting ditempat yang selamat bagi mengelak sebarang kesukaran berlaku di kemudian hari, termasuk untuk perdaftaran anak sekolah dan pelbagai hal yang berkaitan.

“Ibu bapa perlu peka terhadap bencana ini dengan memastikan anak masing-masing berada di tempat yang selamat dan bukannya membiarkan mereka leka bermain air banjir.

“Pihaknya cukup sedih sekiranya masih berlaku kematian akibat banjir walaupun pelbagai amaran dan nasihat dikeluarkan pihak berkaitan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Minguan Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini (3 November).    

Dato’ Seri Ahmad turut memberitahu, seluas  400 hektar bakal diusahakan  Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) untuk menanam lebih sepuluh jenis tumbuhan herba di Pasir Raja, Dungun sebagai langkah mengelak kepupusan, menambah pendapatan rakyat dan menjana ekonomi negeri..

“Tanaman herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Dukung Anak dan Misai Kucing akan ditanam  penduduk setempat  dengan mengutamakan golongan ibu tunggal dan pendapatan rendah,” katanya.

Sementara itu, katanya, ECER turut mengusahakan  ternakan kambing kaprima atau dikenali di kalangan masyarakat setempat sebagai kambing boer, membabitkan kawasan seluas 200 hektar di Pancur Berderu, Setiu .

“Projek ternakan yang dijangka bermula tahun depan itu mampu menawarkan pendapatan RM500 sehingga RM1,500 kepada penduduk yang terlibat.

“Di kawasan bersebelahan pula akan dibina 150 unit rumah bagi menempatkan pekerja ladang. Buat permulaan, kerajaan negeri bersetuju membina 100 unit rumah,” katanya.

Menurutnya, hasil daripada perbincangan dengan pihak berkaitan, rumah berkenaan akan menjadi hak millik sekiranya pekerja yang mempamerkan dispilin yang baik, bertanggungjawab dan jujur dalam melaksanakan tugas

 

Lampiran:Tiada rekod