Kategori:PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEJABAT TANAH MARANG
 

PENGENALAN

 

Pejabat Tanah Marang(PTM) sentiasa memastikan pengurusan sumber yang terancang meliputi pengurusan sumber manusia, sumber kewangan, pengurusan aset dan kerja dititikberatkan bagi menjamin kualiti perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan. Perancangan Sumber Manusia telah dipraktikan dan dilaksanakan secara teratur dan sistematik bagi memastikan penggunaan sumber manusia yang optimum. Bagi menjamin penyampaian perkhidmatan yang berkualiti usaha-usaha untuk memastikan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan sentiasa dipertingkatkan oleh kakitangan PTM. Oleh demikian, satu Pelan Perancangan Strategik Pembangunan Sumber Manusia telah dirancangkan bersesuaian dengan objektif kualiti organisasi yang bermula pada 2009 hingga 2012.

 

 

ANALISA PERANCANGAN STRATEGIK BERDASARKAN SWOT MATRIK

 

PTM telah anggarkan metodologi analisis SWOT MATRIX bagi Pelan Perancangan Strategik Pembangunan Manusia dimana gabungan antara 2 elemen daripada 4 elemen kesemuanya (Ancaman, Peluang, Kekuatan dan Kelemahan) disilangkan atau dihubungkait bagi menggambarkan dan menerangkan suatu analisis dengan lebih jelas dan punca-punca masalah pelaksanaan dapat dirungkaikan.

 

 

STRATEGI-STRATEGI PERANCANGAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

 

Setiap pelaksanaan suatu proses, harus ada perancangannya. Bagi melaksanakan program pembangunan sumber manusia dalam organisasi PTM, empat bentuk strategi telah digariskan iaitu:

  • Penyelarasan dan Pematuhan Dokumentasi Pelaksanaan Pembangunan Sumber Manusia

  • Mengadakan kajian keperluan latihan di kalangan warga PTM

  • Memohon, mengatur kursus-kursus yang diperlukan oleh warga PTM

  • Menilai keberkesanan kursus yang dihadiri dan mengambil tindakan pembetulan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lampiran:Tiada rekod