Kategori:Program 1 DUN 1 Sungai
 

Majlis Penyerahan Peralatan tersebut telah diadakan pada 23 Februari, 2010 oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar Negeri bertempat di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman.  Sebanyak 17 buah sekolah menengah dari seluruh Negeri Terengganu yang terlibat.

Tujuan program ini adalah untuk memberi maklumat dan pengetahuan mengenai pencemaran sungai dan kesannya kepada kehidupan, memberi pengetahuan mengenai punca pencemaran sungai dan cadangan mengatasinya, memupuk semangat kerjasama dikalangan para pelajar dalam pemeliharaan sungai dan meningkatkan kerjasama antara semua komuniti dalam DUN untuk menjayakan kesedaran terhadap penjagaan kualiti air sungai dan alam sekitar

Lampiran:Papar Fail Lampiran(PDF)