Kategori:AKTIVITI
 

Pada 18-19 Jun 2012 satu lawatan kerja oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian telah diadakan yang diketuai oleh Tn. Hj. Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak-Timbalan Pengarah (Sektoral). Turut hadir sama dalam lawatan kerja tersebut ialah En. Kamal Mansor-Penolong Kanan Pengarah (Infrastruktur Dan Kemudahan Awam), YM Tengku Chik Abu Bakar Tengku Ibrahim-Penolong Setiausaha Kerajaan (Infrastruktur Dan Kemudahan Awam) dan YM Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood-Penolong Pengarah (Pelancongan & Sektor Perkhidmatan).

            Lawatan tersebut merupakan satu inisiatif dari UPEN untuk memantau projek-projek yang dilaksanakan bagi memastikan ianya siap mengikut jadual serta melihat keperluan bagi kemudahan penduduk serta pelancong.

           

Lampiran:Tiada rekod