Kategori:Sukan
 Pusat Sains Sukan pertama di T'ganu beroperasi bulan ini

KUALA TERENGGANU – Pusat Sains Sukan pertama di Terengganu akan beroperasi sepenuhnya mulai bulan ini di Bangunan ICT, Gerbang Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, di sini.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Rosdi Awang berkata, pusat keempat seumpamanya di negara ini selepas Sarawak, Pulau Pinang dan Johor itu akan dikendalikan sepenuhnya In-stitut Sukan Negara (ISN).

“Melalui penubuhan pusat itu nanti, semua atlet di negeri ini berpeluang meningkatkan prestasi mereka menerusi aplikasi sains sukan terutamanya dalam aspek pemakanan, latihan, fisiologi dan mental.

“Pusat tersebut turut dilengkapi peralatan canggih dan terkini, selain dikendalikan pegawai sukan bertauliah serta berpengalaman yang didatangkan khas dari ibu pejabat ISN di Kuala Lumpur,” katanya.



Ihsan
Sinar Harian
3 Ogos 2008
Lampiran:Tiada rekod