Kategori:Sukan
 

KUALA TERENGGANU - Trio boling padang skuad Sukan Malaysia (Sukma) 2010 Terengganu layak ke peringkat suku akhir Kejohanan Triples Kebangsaan di Negeri Sembilan, semalam.

     Trio Terengganu berjaya menewaskan trio Kuala Lumpur yang juga bekas pemain kebangsaan, 13-9. Jurulatih Boling Padang Terengganu, Zulkefli Abdul Wahab berkata, anak buahnya berhadapan trio Selangor pada peringkat suku akhir hari ini.

     "Pada mulanya, saya tidak yakin menang dalam kejohanan itu kerana kami perlu berhadapan trio Selangor yang juga pemain kebangsaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

     Menurut Zulkefli, berdasarkan penilaian terhadap persembahan yang ditunjukkan sebelum ini, beliau percaya, trio negeri mampu mara ke peringkat separuh akhir tetapi agak sukar untuk meraih juara.

     "Kami akan berusaha meningkatkan kualiti permainan kerana banyak trio hebat mnyertai kejohanan ini," katanya.

 

Lampiran:Papar Fail Lampiran(PDF)