Kategori:Sukan
 

14 mac 2011

Seperti dijangka pelumba negara, Mohd. Hariff Salleh dari Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) berjaya memenangi Jersi Hijau sebagai Raja Pecut JM2011.

Meskipun gagal mengutip sebarang mata di tiga zon pecutan semalam, Hariff kekal mengumpul 66 mata, hanya satu mata mengatasi Tamouridis.

Pelumba sensasi negara yang juga rakan sepasukan Harrif, Anuar Manan sekadar berpuas hati di tempat ketiga dengan 62 mata.

Paling mencuri tumpuan apabila pelumba muda negara, Muhd. Adiq Husainie Othman berjaya merampas Jersi Merah selaku Raja Bukit JM2011.

Adiq mengumpul 12 mata pada peringkat terakhir semalam setelah mendominasi dua zon pendakian iaitu di Look Out Point Ampang dan Semenyih.

Amir Mustafa Rusli dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula muncul pelumba terbaik Malaysia.

sumber

kosmo 14 mac 2011

Lampiran:Papar Fail Lampiran(PDF)