Kategori:KEWANGAN
 

KEMENTERIAN Kewangan menasihatkan mangsa banjir di Terengganu, Pahang dan Johor yang terdiri daripada penjawat awam yang mempunyai akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan supaya mengemukakan tuntutan insurans bencana alam dari panel insurans masing-masing.

Tuntutan insurans boleh meliputi perkara berikut:

i)  Kerosakan struktur bangunan (seperti dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya)
ii) Pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa kejadian banjir
iii) Tangki air pecah
iv) Kecederaan orang awam (pihak ketiga) akibat kemalangan di dalam rumah
v) Perbelanjaan hotel atau rumah sewa dalam tempoh baik pulih yang tidak dapat didiami

Mangsa berkenaan boleh membuat tuntutan dengan menghubungi syarikat insurans  yang sedia memberikan perkhidmatan masing-masing.

Sehubungan itu, BPP berharap mangsa yang berkenaan segera mengemukakan tuntutan untuk mempercepatkan proses pembayaran pampasan.

Maklumat lanjut boleh dilayari di  laman sesawang http://bpp.treasury.gov.my dan meja bantuan banjir di talian 03-8880 2121. - Bernama

Sumber: Sinar Harian

Lampiran:Tiada rekod