| |
DOKUMEN TENDER
Antara kandungan yang patut ada di dalam sesuatu dokumen tender adalah:
- Arahan kepada penender
- Spesifikasi-spesifikasi
- Borang-borang tender
- Surat Setujuterima
- Syarat-syarat tender
- Terma-terma kontrak
- Bills of Quantities/Ringkasan tender
- Jadual Kadar Harga
- Lukisan teknikal serta pelan
- Cadangan-cadangan pemindahan teknologi
- Prestasi/Track record
- Profail/Kedudukan kewangan petender
- Perkara-perkara lain yang berkaitan
Klausa utama yang perlu dimasukkan di dalam dokumen tender kerja
Agensi-agensi dimestikan untuk menggunakanborang JKR Siri 203 (Pin. 10/83) untuk tender kerja. Penggunaan borang JKR Siri 203 hanya dikecualikan bagi projek-projek yang dilaksanakan secara Turnkey, B.O.T., Cost Plus, Privatised atau projek-projek yang dibiayai oleh peruntukan asing jika pemakaian borang JKR Siri 203 ini tidak dipersetujui.
Bagi projek seperti yang tidak menggunakan borang JKR Siri 203, perkara-perkara berikut hendaklah dinyatakan di dalam dokumen tender, jika berkenaan:-
- tempoh sahlaku tender,
- larangan publisiti,
- jadual pelaksanaan kerja,
- tempoh siap kerja,
- kelewatan dan lanjutan masa,
- gantirugi yang ditentukan dan ditetapkan,
- penamatan kontrak,
- insurans kerja,
- arahan perubahan,
- terma pembayaran,
- tempoh tanggungan kecacatan/waranti,
- timbang tara, dan
- terma-terma lain yang perlu bagi menjaga kepentingan Kerajaan.
|