Kategori:Artikel ICT
 

 

Pelanggaran Dasar (Violation of Policy)
Penggunaan aset ICT bagi tujuan kebocoran maklumat dan/atau mencapai maklumat yang melanggar Dasar Keselamatan ICT

Penghalangan Penyampaian Perkhidmatan (Denial of Services)
Ancaman ke atas keselamatan sistem komputer di mana perkhidmatan pemprosesan maklumat sengaja dinafikan terhadap pengguna sistem. Ia melibatkan sebarang tindakan yang menghalang sistem daripada berfungsi secara normal. Termasuk Denial of Services (DoS), Distributed Denial of Service (DDoS) dan sabotage.

Pencerobohan (Intrusion)
Mengguna dan mengubahsuai ciri-ciri perkakasan, perisian atau mana-mana komponen sesebuah sistem tanpa pengetahuan, arahan atau persetujuan mana-mana pihak. Ia termasuk capaian tanpa kebenaran, pencerobohan laman web, melakukan kerosakan kepada sistem (system tampering), pindaan data (modification of data) dan pindaan kepada konfigurasi sistem.

Pemalsuan (Forgery)
Pemalsuan dan penyamaran identiti yang banyak dilakukan dalam penghantaran mesej melalui emel termasuk penyalahgunaan dan pencurian identiti, pencurian maklumat (information theft/ espionage) dan penipuan (hoaxes).

Spam
Spam adalah emel yang dihantar ke akaun emel orang laiin yang tidak dikenali penghantar dalam satu masa dan secara berulang-kali (kandungan emel yang sama). Ini menyebabkan kesesakan rangkaian dan tindak balas menjadi perlahan.

Malicious Code
Perkakasan atau perisian yang dimasukkan ke dalam sistem tanpa kebenaran bagi tujuan pencerobohan. ia malibatkan serangan virus, trojan horse, worm, spyware dan sebagainya.

Harrasment/ Threats
Gangguan dan ancaman melalui pelbagai cara iaitu emel dan surat yang bermotif personal dan atas sebab tertentu.

Attempts/Hacks Threats/Information Gathering
Percubaan (samada gagal atau berjaya) untuk mencapai sistem atau data tanpa kebenaran. Termasuk spoofing, phishing, probing, war driving dan scanning.

Kehilangan Fizikal (Physical Loss)
Kehilangan capaian dan kegunaan disebabkan kerosakan, kecurian dan kebakaran ke atas aset ICT berpunca dari ancaman pencerobohan

Lampiran:Tiada rekod