Kategori:Keratan Akhbar
 

Pada 24 Januari 2013 yang lalu, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah menyertai Perarakan Maulidur Rasul Tahun 1434H/2013M Peringkat Negeri Terengganu. Seramai 36 orang peserta yang terlibat terdiri daripada Pegawai-pegawai Kanan, Renjer-renjer Hutan dan lain-lain telah berarak dari Dataran Syahbandar pada jam 8.00 pagi. Perarakan diiringi dengan selawat ke atas junjungan besar, Rasulullah S.A.W di sepanjang perjalanan sejauh 2.5 km dan berakhir di Stadium Negeri, Jalan Sultan Mahmud.

Lampiran:Tiada rekod