Kategori:Berita Dalaman
 KUALA TERENGGANU 28 November 2012 - Perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini telah menyaksikan penukaran pengakuan kepada bersalah oleh dua(2) orang OKT Wan Zamri bin Wan Hassan (47 tahun) dan Mohd Ariff bin Jusoh (22 tahun) berkaitan kes kesalahan memotong kayu balak(kayu chengal) di komp 89, Hutan Simpan Pasir Raja, Dungun dua(2) tahun lalu. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda RM7,000.00 ke atas Wan Zamri kerana gagal bayar 7 bulan penjara manakala Mohd Ariff dipenjara selama 12 bulan bermula dari tarikh ditahan reman. Kes ini telah disebut dihadapan Hakim Tuan Dato' Haji Zainal Abidin bin Haji Kamarudin atas pertuduhan di bawah Seksyen 81 (1)(b), Akta Perhutanan Negara 1984, yang telah diterimapakai di bawah Enakmen Perhutanan Negeri Terengganu Tahun 1986. Kes ini telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, JPSM iaitu Lucyia Anak Gelangang dan Nur Idayu binti Amir manakala bagi pihak pembelaan diwakili oleh Tetuan Rafaei & Co.
Lampiran:Tiada rekod