Kategori:Laluan Alternatif ke Destinasi Pantai Timur Sepanjang Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2013
 

Berikut adalah laluan alternatif yang dicadangkan ;

1. ALTERNATIF DARI BENTONG KE KOTA BHARU MELALUI BANDAR RAUB

i. Dari Bentong melalui Laluan Persekutuan 8 terus ke Bandar Raub, keluar ke kiri masuk ke Laluan C5( Jalan Cheroh ke Batu Malim) dan masuk ke persimpangan Jalan Cheroh Ke Gesing melalui  C158 di Seksyen 15.

ii. Dari persimpangan Cheroh masuk semula ke Laluan Persekutuan 8 menghala terus ke Kota Bharu.

atau

i. Dari Bentong melalui Laluan Persekutuan 8 terus ke Bandar Raub, keluar ke kanan dan lalu di hadapan Bangunan Majlis Daerah Raub dan susur ke kiri untuk melalui Jalan Bukit Koman  sehingga ke bulatan kecil hadapan Hospital Raub.

ii. Dari bulatan kecil hadapan Hospital Raub, masuk ke kanan dan terus ke Jalan Taman Amalina Lestari dan terus ke Laluan Persekutuan 8 menuju ke Kota Bharu.

Lampiran:Tiada rekod