Kategori:MOTIVASI
 
Definisi :
 
Pembelajaran kendiri  bermaksud Kaedah pembelajaran yang berkonsepkan belajar atas daya usaha sendiri. Pembelajaran ini melibatkan secara bersemuka dan tidak bersemuka (online).
 
Pembelajaran kendiri cuma terhad untuk bersamaan 3 hari berkursus sahaja, iaitu 3 kali pembentangan setahun.
 
Bagi pegawai yang mengikuti kursus yang ditawarkan oleh EPSA, mereka tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan bagi  setiap modul. Pegawai yang telah mengikuti dengan jayanya akan diiktiraf menghadiri kursus tertakluk kepada pihak penganjur (INTAN).
 
Pegawai akan mendaftar pembelajaran kendiri ke dalam sistem sebelum diluluskan oleh Penyelia. Pegawai di peringkat sekurang-kurangnya KPP (Gred52) akan bertindak sebagai Penyelia dan jika tiada, PPKL akan memainkan peranan sebagai penyelia tersebut
 
Contoh Pembelajaran Kendiri :
 
  1. Pengguna portal e-Pembelajaran sektor Awam (EPSA)
  2. Penggunaan portal e-Pembelajaran yang diiktiraf oleh Jabatan/Kerajaan
  3. Penggunaan Pangkalan Repositori Ilmu Sumber Manusia (Prisma-HRMIS)
  4. Pembacaan buku-buku ilmiah dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris (fizikal atau ebook)
  5. Pembacaan Jurnal Ilmiah/Laporan/kajian dan lain-lain bahan ilmiah secara fizikal atau maya(virtual)
 
Bagi Pembelajaran Kendiri, pegawai perlu membentangkan kepada penyelia masing-masing setelah tamat proses pembelajaran/pembacaan dibuat. (kecuali EPSA)
 
Satu sesi pembentangan perlu diadakan di peringkat Jabatan, Bahagian, Cawangan atau Seksyen. Seorang pegawai di peringkat sekurang-kurangnya Ketua Penolong Pengarah Gred (KPP) atau Pegawai Pengesah Latihan (PSL) perlu hadir sebagai penyelia. Setiap satu pembentangan diiktiraf sebagai satu hari berkursus.
 
Penerangan dan pendaftaran pembelajaran kendiri ke dalam sistem latihan JKR boleh merujuk kepada Ketua PPKL Cawangan/ Negeri masing-masing.
Lampiran:Tiada rekod