Kategori:Sejarah Tercipta di YPKT
 

Kuala Terengganu - Setiap tindakan perlu mengutamakan perbincangan bagi mengelak keadaan tidak menyenangkan di kemudian hari.

Penolong Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga ( YPK ) Terengganu, Zahari Mat berkata, perpaduan akan wujud melalui kesepakatan bersama, kerja berpasukan dengan tidak mementingkan diri sendiri semata-mata.

Katanya, tanpa persepakatan dan kerjasama, ia bukan sahaja merugikan diri malah turut memberi kesan dalaman kepada pihak lain memandangkan manusia mempunyai pandangan dan idea berbeza untuk membicarakan sesuatu topik.

"Ini dalah lumrah yang perlu dilalui setiap lapisan masyarakat namun perkara yang paling penting adalah tidak membelakangkan mana-mana pihak dan mesti melakukan sesuatu dengan mendapat persetujuan dan pandangan semua golongan," katanya.

Beliau berkata, sebagai manusia yang hidup dalam kelompok masyarakat, sikap bertanggungjawab merupakan elemen penting yang harus didahulukan dalam semua perkara kerana ia akan mempengaruhi sosiologi seseorang ke arah pembentukan masyrakat seimbang.  

 

 

Lampiran:Tiada rekod