Kategori:Pendidikan
 

KEMENTERIAN Pelajaran bercadang memperkenalkan penggunaan buku teks digital menggantikan buku manual dalam usaha memudahkan proses pembelajaran selain mengurangkan kos penyediaan pendidikan percuma ditanggung kerajaan ketika ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata langkah itu akan dipertimbangkan apabila semua sekolah di seluruh negara sudah memiliki kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang mencukupi untuk menggunakannya.

Namun, katanya, buat masa ini, penggunaan buku teks manual masih relevan kerana ada sekolah yang menghadapi masalah infrastruktur termasuk tiada bekalan elektrik dan kemudahan komputer.


"Kita memang berhasrat memanfaatkan perkembangan pesat teknologi pendidikan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran termasuk penggunaan buku teks digital.

"Namun, masih ada sekolah yang menghadapi masalah kemudahan ICT dan elektrik.

"Untuk berlaku adil dan berdasarkan prinsip Pendidikan Untuk Semua, lebih elok ditangguhkan cadangan bermanfaat ini sehingga kita benar-benar bersedia melaksanakannya,” katanya.

Lampiran:Tiada rekod