Kategori:Berita Semasa
 
Buat kali ke-2 Institut Al-Quran Terengganu telah mengadakan Kursus Tahsin Tilawah Al-Quran peringkat negeri di Batu Burok Beach Resort bermula 5 Mei hingga 9 Mei 2008.Kursus ini bertujuan untuk memantapkan lagi bacaan para Qari dan Qariah untuk persediaan ke pertandingan tilawah peringkat negeri yang akan diadakan di Setiu.Kursus ini telah dibimbing oleh penceramah terkenal iaitu Dato' Sheikh Ismail bin Mohamad (Fasohah),Dato' Sallahudin bin Omar (Tajwid), Tuan Haji Nik Jaafar bin Nik Ismail (Tarannum) dan Tuan Haji Abd Rahim bin Ahmad (Suara).
Lampiran:Tiada rekod