Kategori:UCAPAN
 

TEKS UCAPAN

 

SEMPENA  :

 

MAJLIS PRA PELANCARAN KEJOHANAN SULTAN’S CUP TERENGGANU ENDURANCE CHALLENGE 2010

 

 

TEMPAT :

Ri – YAZ HERITAGE MARINA RESORT & SPA, PULAU DUYONG, KUALA TERENGGANU

 

PADA :

9 OKTOBER 2010 (SABTU)

 

JAM :

3.20 PETANG

Bismillahirahmanirrahim,

 

Alhamdulilahi rabbi’’ aalamin. Wassalamu ala rasulullilah wa’’alla aalihii wasohbihi’ ajmain.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

Ampun Tuanku,

 

 

Mengadap

Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

 

Mengadap

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Ampun Tuanku,

Sembah Patik Pohon Di Ampun.

 

Patik dengan penuh hormat dan takzimnya menjunjung duli dan merakamkan ucapan setinggi - tinggi menjunjung kasih di atas limpah perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku mencemar Duli berangkat menghadiri  Majlis Pra Pelancaran Kejohanan Sultan’s Cup Terengganu Endurance Challenge 2010 pada petang ini.

 

Ampun Tuanku,

Sesungguhnya, Keberangkatan Seri Paduka Baginda Tuanku berdua ke majlis ini memberi erti yang mendalam bagi patik sekalian. Kecenderungan, minat dan perhatian Seri Paduka Baginda Tuanku dalam pembangunan sukan terutamanya sukan berkuda di negeri ini terus menjadi pendorong dan perangsang serta menyuntik semangat patik sekalian untuk terus berusaha memajukan diri dalam sukan ini.

 

Semoga dengan adanya galakan dan sokongan kepada usaha sebegini, patik sekalian akan berusaha mengharumkan nama negeri sekaligus negara di arena ini.

 

Ampun Tuanku,

Patik mohon limpah perkenan, Seri Paduka Baginda Tuanku untuk patik berucap sepatah dua kata kepada para hadirin sekalian.

Ampun Tuanku,

Saudara Pengacara Majlis,

 

YB. Dato’ Tengku Putera Bin Tg.Awang,

Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri dan

To’ Puan Halijah bt Ali

 

YB. Dato’ Haji Mazlan bin Ngah ,

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan

To’ Puan Hajjah Rohani binti Abdullah

 

YB. Rozi bin Mamat

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri

Merangkap

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Kerja Kejohanan Sultan’s Cup Terengganu Endurance Challenge 2010.

 

YB. Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu dan Isteri,

 

Y. Bhg. Dato’-Dato’,

 

Yang dihormati Dif-Dif Jemputan,

 

Tuan-tuan/Puan-puan sekalian.

 

1.     Alhamdulillah kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya, dapat kita berkumpul pada petang yang gemilang ini untuk sama-sama menyaksikan Majlis Pra Pelancaran Kejohanan Sultan’s Cup Endurance Challenge 2010 yang bakal disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

2.     Saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kedatangan para hadirin pada hari ini dan ribuan terima kasih di atas sokongan semua pihak yang turut menganjurkan majlis ini.

 

Saudara saudari yang saya hormati.

3.     Sesungguhnya kewujudan Kejohanan Sultan’s Cup Endurance Challenge semenjak tahun 2006 merupakan satu acara penting dalam kalendar pelancongan Terengganu.

 

4.     Saya difahamkan bahawa kejohanan pada tahun ini telah menerima sebanyak daripada 90 peserta daripada 15 buah negara iaitu peningkat sebanyak 50% berbanding tahun pertama ia dilancarkan.

 

5.     Selain daripada para peserta, kejohanan ini turut menarik perhatian peminat sukan berkuda, pemilik dan pembiak kuda, doktor – doktor haiwan serta mereka yang terlibat dengan industri ini.

 

6.     Hal ini sekaligus meningkatkan kadar kehadiran pelancong dari dalam mahupun luar negara ke Terengganu.

 

7.     Kedatangan mereka ini pastinya merancakkan lagi perkembangan ekonomi negeri khususnya dalam sektor pelancongan.

 

8.     Malah, kejohanan ini turut memberi ruang kepada anak tempatan untuk menimba  lebih banyak pengalaman serta melahirkan lebih banyak kepakaran dalam penganjuran kejohanan sukan bertaraf dunia ini.

 

9.     Oleh itu, kita tidak dapat menolak bahawa melalui pelaksanaan kejohanan berprestij sebegini, kita mampu meletakkan Negeri Terengganu sebagai sebuah negeri pelancongan sukan yang unggul.

 

10.  Usaha ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan pelancongan sebagai salah satu sektor utama yang menjana pendapatan Negeri Terengganu sebagai usaha untuk mengurangkan kebergantungan terhadap petrolium dan gas asli.

 

11.  Malahan, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti industri pelancongan sebagai tulang belakang ekonomi.

 

12.  Selain itu, Kerajaan Negeri turut berhasrat untuk menjadikan negeri bertuah ini sebagai hub bagi kebudayaan, warisan, seni, sukan dan rekreasi di rantau ini.

 

13.  Justeru, saya yakin bahawa kejohanan bertaraf dunia seperti ini mampu menjadi platfom kepada usaha untuk merealisasikan hasrat ini.

 

 

14.  Sepanjang penganjuran Kejohanan Sultan’s Cup Endurance Chellenge, sukan berkuda semakin dekat di hati rakyat Terengganu serta melahirkan anak Terengganu yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang berkaitan dengan sukan yang menarik ini.

 

15.  Malah melalui kejohanan ini juga, Malaysia telah diberikan penghormatan sebagai tuan rumah 2008 FEI World Endurance Championship sekaligus meletakkan Terengganu dan Terengganu International Endurance Park (TIEP) sebagai salah satu sirkit serta perkampungan sukan berkuda terbaik di dunia.

16.  Harapan saya, Kejohanan Sultan’s Cup Endurance Challenge bakal terus mengorak langkah dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial komuniti di Terengganu.

 

Ampun Tuanku,

 

Sekian sahaja persembahan ucapan patik, patik sekali lagi mewakili rakyat jelata Terengganu, merafak sembah dan merakamkan setinggi – tinggi ucapan menjunjung kasih di atas Keberangkatan Seri Paduka Baginda Tuanku berdua ke majlis pada hari ini.

 

Ampun Tuanku,

 

Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warrah matullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima Kasih.

Lampiran:Tiada rekod