Kategori:Teknologi & ICT
 

DALAM pengkomputeran, phishing adalah satu cubaan jenayah bagi mendapatkan maklumat sensitif seperti kata kunci, dan maklumat kad kredit dengan menyerupai entiti yang dipercayai dalam laman-laman web di Internet. Biasanya perbankan atas talian (online banking), Maybank2u, cimbclicks, eBay, Pay Pal menjadi sasaran.

Phishing biasanya dilakukan melalui penghantaran e-mail atau mesej segera (Instant Message) dan biasanya membawa pengguna terus memberikan maklumat peribadi mereka di laman web berkenaan.

Phishing merupakan satu contoh teknik kejuruteraan sosial yang digunakan untuk menipu pengguna. Kejadian phishing yang pertama telah direkodkan pada alt.online-service. America-online Usenet newsgroup pada 2 Januari 1996 walaupun kejadian phishing telah dibincangkan dalam majalah penggodam sebelum itu. Teknik phishing pernah diterangkan secara terperinci pada awal 1987 dalam kertas dan penyampaian di International HP User Group, Interex. Perkataan phishing diambil daripada fishing dan juga phreaking dan penggunaan umpan yang canggih bagi mendapatkan maklumat kewangan dan kata kunci.

Lampiran:Tiada rekod